Wednesday, 11 december 2013.









                         TENTANG HATI

Hidup ini banyak dugaan nya, tapi kita kene tempuh semua dugaan ini dengan hati yang tabah. Allah sentiasa ada untuk kita dimana jua kita berada. Dalam hidup ini ada perasaan sedih, kesedihan ini pelbagai rupa. Antaranya apabila kita cemburu akan orang, cemburu bukan nya dengki ok! cerita nya bermula dari sini ke sana. Eh? Haha, #ThrowBack Minggu SPM akan bermula beberapa minggu lagi, aku dengan si dia membuat keputusan untuk lost contact sementara sebab dengan alasan hendak fokus kepada SPM, aku pun berkata ok sebab aku faham keadaan dia. Selepas itu, Hari demi hari aku sangat merindui nya aku tidak tahu dia rindu aku ataupun tidak. Aku rindu akan dia sangat sangat hampir setiap aku balik ke rumah aku stalk twitter dia. Aku lihat ada gambar yang sweet! gambar tu gambar tu!! Ok lalu hati aku berkata dia dah ada bf lain ke? Hati aku mula risau dan seakan hendak hancur. Skip kan cerita, aku bertanya kepada saudara dia didalam twitter melalui DIRECT MESSAGES. Dia didapati curang dengan aku? Aku berasa saudara dia ini salah bercakap tapi tidak apa aku mengiakan sahaja. Pada keesokan harinya, semasa aku sedang tidur lena nyenyak aku terdengar fone aku seperti ada orang sedang call, aku melihat di screen fone aku terpangpang nama AFIQ, aku pun mengangkatnya dan dia berkata, '' Weh daus bangun bangun kau kene settle kan masalah adik aku dengan kau sekarang jugak, aku taknak orang lain daus, aku tahu kau boleh jaga adik aku ni, dah pergi mandi aku tunggu'' Aku pun terkejut dan aku berkata '' Hah? Em aku malas dah weh aku taknak aku tak boleh dah, Hm ok aku pergi mandi nanti aku wechat kau'' Selepas aku mandi , AFIQ wechat aku dan kami menyettlekan masalah tersebut. Setelah beberapa jam atau minit yang berlalu masalah tersebut seakan akan sudah settle aku pun diam sahaja. Sebelum ini aku sudah pun melepas kan nya disebabkan aku tidak mahu untuk disakiti lagi, Sungguhpun aku seorang lelaki hati aku seakan lembut macam gula gula kapas. Eh? Haha, Aku seorang yang kuat jealous. Dan aku benci bila orang yang aku sayang buat aku sakit hati. Tapi tak apa aku kan kuat, seorang lelaki kan kuat. Haha, Dari hari ke hari, Aku mempunyai kawan seakan COUPLE, Aku suka pada dia, Aku sayang dia macam girlfriend aku sendiri, Pabila aku dah sayang seseorang itu aku akan sayang dia betul betul dan aku berharap satu hari nanti aku akan bersama dengan dia sampai ke anak cucu. Eh? Bak kata orang kalau ada jodoh tak kemana, walaupun lari ke hujung dunia kalau jodoh itu ada tak akan boleh dipisahkan melainkan allah yang memisahkannya. Aku bersyukur sesiapa yang temankan aku, tidak lah aku berasa bosan. Aku nak berkata yang aku sudah tawar hati dengan apa yang aku melepaskan.  Dan aku hendak bertanya kenapakah ayat aku ini sungguh formal macam karangan bahasa melayu? Hahaha. Ok lah harini sampai sini jelah. Bye Assalamualaikum. Terima kasih pada sesiapa yang baca.