SATURDAY , 3 OGOS 2013


                            I lost her


Assalamualaikum, Saya Muhamad Firdaus bin Mohamad Fuaad. Huish, Dah lama gila tak update blog ni, Entah tiba tiba harini rasa macam nak update je. Rajin lah katakan . Haha, Eh eh harini dah 3 haribulan? Esok dah 4 haribulan eh? Alamak haih. Sekejap je masa dah berlalu. Sedih bila dikenang. Semenjak dua menjak ni tak tahu lah kenapa OUR MEMORIES tiba tiba teringat balik. Dulu sumpah tak ingat apa, satu pun dah lupa. Makin lama makin ingat dan makin rindu. Susah nak lupakan dia walaupun dah berjauhan macam ni. Tiap tiap hari stalk dia sebab dengan harapan nak tengok dia ingat tak dengan aku. Minggu lepas dalam kelas agama, Cikgu suruh hafal satu surah ni. Time nak hafal tu tiba tiba muka dia terlintas dalam fikiran aku. Aku terus tergamam then termenung. Lepas tu terus takada mood. Hm, Aku harap aku dengan dia tak bermusuh dan aku harap satu hari nanti aku dengan dia akan bersama semula. Btw aku rindu dia punya pipi. Rindu nak cubit tumbuk pipi dia. Lagi satu aku memang suka perempuan yang pipi tembam dan ada taring macam aku. Eh cop lagi! Sebenarnya gambar aku dengan dia dekat purse aku dah letak dalam satu kotak. WOW! kalau lah ada jodoh dengan dia dapat kawin dengan dia. Aku akan tunjuk bukti aku dengan dia pernah bersama. Haha, Pehal petang petang ni aku jiwang sia. Duh! Maybe aku rindu dia gila gila kot. Dia rindu aku ke? Tak tahu kenapa aku tak biasa dengan orang lain. Aku nak jugak dengan dia. Lagi satu, Bukan senang parents aku nak suka orang yang aku berkawan. Lagi satu, Hish! lagi satu lagi satu lagi dua pulak lah. Haha, Parents aku dah suka aku berkawan dengan dia dah. Hm past is past Firdaus. Dapat ke aku dengan dia bersama lagi? Entah lah. Ok lah sampai sini story harini, Nanti kalau ada story baru aku story lagi eh. See you!